Jempu jemput

Wahai kengkawan, sudi sudikanlah menjengok ke hobi kami yang mana kekadang barangan yang dimiliki di anggap sebagai sampah oleh sesetengah pihak. Namun bagi kami ianya Harta yang boleh di kongsi bersama tatkala kebanyakan darinya telah tiada atau hilang di telan zaman. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk sekadar ingin berkongsi hobi,pengalaman dan pandangan bersama..Layanzz

Wednesday, November 24, 2010

Poster Majalah Bulanan Malaya


Majalah Bulanan Malaya, January 1957

Paling  menarik perhatian seniwati filem Melayu terkenal  Maria Menado...perghhh memang cantik terkesima bila tengok poster ni kan ..siap ada iklan panel kanan lagi.



Antara Poster Panjang
                                                                    Pelakon Rahmah Ali 


Pandangan belakang Poster panjang - 3 Filem Bayangan Waktu Fajar,GUL BAKAWALI, Darah Ku

Berita Filem -Poster Dang Anom & Siti Zubaidah

UMMI KALTHOM Membintangi Filem Chelorong Cheloreng

                                 Fatimah Ahmad membintangi dan berlakun sebagai "Dang Anom"

                                                    Sabuah Film Cathay Keris "Dang Anom"
                          Miss Annie Lim sebagai Puteri Rokiah dalam Filem " Siti Zubaidah"

Pandangan Belakang Poster Siti Zubaidah






Tuesday, November 23, 2010

Akhbar lama jom tengok!!!

Old newspaperrr ..Suratkhabar lamaaa....Antara koleksi suratkhabar lama Utusan Zaman keluaran 17 Febuari 1952 sebelum Merdeka tuhh..Utusan Zaman ni keluaran Ahad kalau sekarang ni kira Mingguan Malaysia lah..Oleh kerana aku pun koje tempat ada kaitan ngan paper gak so memang sangat teruja bila dapat lihat dengan mata kepala sendiri naskah-naskah akhbar lama ni , lebih-lebih lagi dalam Bahasa Jawi. Bila baca agak merangkak-rangkak lah jugak tapi masih berbunyi okayy..

Saturday, November 20, 2010

Hadiah Istimewa - Berita Filem Yussof Latiff, Fatimah Ahmad,Wahid Satay



                                Yussof Latiff  dan Fatimah Ahmad dalam Filem Mata Shaitan

                          Wahid Satay dan Rosyatimah yang mengambil peranan utama dalam
                           filem BADANG


                                                  'Mata Shaitan ~ Arahan Hussain Haniff

                                              
                                                 'BADANG ~ Arahan S. Roomai Noor