Jempu jemput

Wahai kengkawan, sudi sudikanlah menjengok ke hobi kami yang mana kekadang barangan yang dimiliki di anggap sebagai sampah oleh sesetengah pihak. Namun bagi kami ianya Harta yang boleh di kongsi bersama tatkala kebanyakan darinya telah tiada atau hilang di telan zaman. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk sekadar ingin berkongsi hobi,pengalaman dan pandangan bersama..Layanzz

Wednesday, October 21, 2009

Tunku Abdul Rahman

President Eisenhower and Prime Minister Tunku Abdul Rahman talk at the White House.
Set Diary Tunku.Tahun 1961.Aku dapat beli 1 set jer .Org yg jual tu demand harga tinggi,tak terbeli aku.Dpt 1 ni pun kira seribu rahmat ler.Ada 5 set lagi kt tgn penjual ,aku tengah mengumpul fulus utk mendapatknnya ..(itu pn klu buyer lain tak sambar lg).Tajuk Diary ni 'The Tunku In America'.Byk Pic lawatan ke US semasa pemerintahan beliau.hmm..syok tengok.











Antara koleksi Tunku Abdul Rahman Puta Al-Haj . Pinggan Merdeka tertulis FED.OF MALAYA 31st AUG 1957.Ada sebelas logo negeri tak masuk lagi Sabah Swak lagi masa tuh.Memang teliti pembuatnya siap Gold lining kat tepi. LAYAN...
Gelas nie ada sentimental value coz kepunyaan makcik ku(stepmother).Setelah puas dipujuk dia dgn berat hati bagi jugaklah,nk amik hati kot..Mengikutnya gelas nie koleksi kepunyaan Arwah Ayahnya semasa duduk di Singapura dulu.Ada 6 kesemuanya,tapi dia bagi cuma 2 biji jer.Jadila dari takde,tapi terpaksala aku belikan set pinggan makan utknya sbg syarat ganti (sistem barter le tuh).Bwh gelas chop crown,klu ikut gelas lama2 je ada chop nie.Tertulis Selamat Hari Kemerdekaan,lambang keris, bendera UMNO dan M'sia dan tertera nama Y.T.M.T Tunku Abdul Rahman kat situ.

Friday, October 16, 2009

Oppss..Naga lagi

Hmm.,antara set yang ada kepala Nyonya.Merata-rata mencari, al-maklum bukan senang sekarang nak cari barang kategori old timer camni.Dalam hobi mengumpul ni, takleh nak menyombong kena manis mulut,banyak bertanya lagi baguih..SENANG dapat kawan..tak dapat dinafikan,aku ngan huby dapat byk kawan, tak kira tua maupun muda.Tapi rasanya yg ramai orang tua-tua ler. Set yg pertama dlm gambar ni,ada design bunga biru di cawan dan piringnya.Tepi bibir cawan tu pulak ada gold finishing.Tapi sayang, masa beli mmg takde teko.Dah pecah la agaknya.Rasanya huby aku yg beli di Flea Market di Ipoh atau panggilan mesra orang Ipoh ni ..Lorkin.Kalo di KL pasar karat, ada setiap Ahad aje.Tapi mcam selalu ler,untung sabut timbul, kalau npak yg Rare,cantik,harga agak2 ok jer..SAMBAQ cepat-cepat.Usah le dok tunggu nak jamu mata, pusing2 dulu...hmmm..pakat lebor ler. First come first get it.Bab harga yg syok kt sni,leh bargain tapi agak2 le jgn smpai org maki udah. Pandai2 le kome. Set kedua ni pulak warna biru,tapi version kecik.Cawan,piring , teko sumenyer comel jer..Kecik dari set yang ada. Terdapat dua set Hijau,Biru dan pink ni kami dapat di Penang.Kalau tak silap nma tempat tu Lorong kulit. Area stadium ,tempat memang besar,lebih kurang Lorkin la gak.Bezanya Lorkin tu jalan lurus dan Lrg kulit tu compound parking kereta.Pusing-pusing pun situ gak la. Set yg aku dapat ni harganya agak murah jugak dari yang lain2 tu. Kalau ke Penang memang sakan aku ronda, sambil nyelam minum air.Kami msti overnite d Feringgi.Done jugala berjalan ke Pantai,Tmn Rama2,Bkt bendera,Padang Kota dan yg paling best sekali shoppin ler kt Gurney Plza. Tapi kena le pandai2 budget,klu tak alamat makan maggi je le jwabya. Tapi beb, wlauapa pn aku tetap puassss haattiii..Bila duduk ngan huby kt umah , bancuh kopi sambil tula kami menatap barang2 yg ada.I'm Glad kami berkongsi minat yg sama..apa?? sama naik..memang pun,kalau tak aku berabis ,dia pulak ganti..lepas dah dua2 habis, dua2 gigit jari. Tapi kami prcaya yg duit bleh cari tp barang lama kalo trlepas mana nk cari!!!

My First Collection

Ini la koleksi set cawan pertamaku. Jenuh gak menyimpan duit nak membelinya. Set Naga Hijau.Jadi kenangan masa beli tu, Hari Raya Haji 2007,orang sume bawak balik daging dari pasar tapi aku bawak balik set cawan ni pulak.Harga boleh tahan jugak.Beli dengan seorang ah pek di Pasar Besar Ipoh.Banyak kedai barang-barang lama kat Pasar tuh..seronok menjamu mata.Cuba tengok dalam cawan tu betul-betul, nampak tak? haa..tulah kata orang muka Hang Li Poh.Kata orang set ni dari Jepun,mungkin muka Geisha jepun kot?? Tapi kata nenek aku, orang zaman dulu-dulu kalau ada set ni dikira orang berada.Selalunya di pakai masa hantaran,
minum-minum sambut besan agaknya.Kalau dilihat dari warnanya seakan 3D,metalik pun ada. Yang aku tunjuk nie set warna hijau,naganya pula bercampur warna.Hijau ada, pink ada,gold layer pun ada.Semuanya hand painted. Yang penting, aku merasa puas dan mampu tersenyum bila aku mendengar harganya sekarang.Melambung ..untung kalau simpan barang lama ni,makin lama makin tinggi harganya..apa orang kata Old Is Gold..memang betul